Thursday, September 21, 2006

SURAT TERAKHIR UNTUK YB


TIADA SEBARANG MAKLUMBALAS YANG DIBERI SEHINGGA AKHIR TEMPOH 20 OGOS 2006.

OLEH ITU, KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN TERHADAP GOLONGAN SEPERTI SAYA INI TAMPIL MEMBANTU MANGSA YANG DIANAYAI OLEH GOLONGAN - GOLONGAN SEBEGINI.


HUBUNGILAH SAYA DI 06 9543891 / 017 3766612

SURAT UNTUK YB (2)







Surat susulan yang dihantar kepada YB

SURAT UNTUK YB (1)


Saya telah menghantar surat peringatan kepada beliau kerana penyelesaian segera yang beliau katakan itu tidak menjadi kenyataan.

BERMULA JANJI MANIS BARU


Dari jam 5 pagi hingga 9 pagi saya menunggu di hadapan kediaman beliau. Akhirnya pada jam 10 pagi orang yang selama ini menghilang diri sudah berada di depan mata.Beliau seakan terkejut melihat saya pada ketika itu.Beliau berjanji akan menyelesaikan perkara seberapa segera yang boleh. Saya tetap mempercayai beliau ketika itu berdasarkan kedudukan beliau yang telah bergelar sebagai WAKIL RAKYAT dan diantara agenda pilihanraya ketika itu adalah membela golongan OKU di Seberang Jaya.(bedasarkan papan agenda pilihanraya yang tergantung di luar kediaman beliau).

KE SEBERANG JAYA MENCARI ARIFF SHAH


Pada 1 Julai 2004, saya telah bertolak ke SEBERANG JAYA yang memakan masa selama 10 jam perjalanan dari MUAR hanya dengan bertujuan mencari beliau. Saya hanya tahu beliau ada di sana tapi tidak mempunyai alamat sebenar kediaman beliau.


Pada jam 4 pagi, setelah berpusing-pusing di Seberang Jaya akhirnya dengan ehsan peronda pada ketika itu mereka telah menunjukkan kediaman beliau.

PUCUK DIPINTA ULAM MENDATANG


Akhirnya orang yang selama ini menghilang diri tiba-tiba muncul didepan mata. Pada bulan Mac 2004. Arif Shah yang selama ini dicari akan bertanding di Seberang Jaya sebagai calon BN.

RAYUAN KEPADA PENGARAH JHDN


Kepada berbagai pihak meminta rayuan supaya duti yang dikenakan itu dikurangkan.Hingga akhirnya ikhtiar tersebut berjaya pada tahun 1998. Setelah mendapat surat ini, dan berbekalkan harta pesaka yang masih tinggal, saya telah bertemu dengan seorang ahli perniagaan melayu yang membeli sebidang tanah saya dan bersetuju untuk menolong melunaskan duti yang tertunggak itu.Beliau telah mengeluarkan cek bernilai RM100 000 kepada saya tanpa sandaran kepada mana-mana harta saya sebab semua harta telah di sita oleh PHDP. Cek tersebut saya bawa ke PDHP dan lunaslah tunggakan duti tersebut sebab setelah rayuan saya dikenakan duti sebanyak RM101 000.


Tapi di mana ARIF SHAH, AMIN SHAH dan FARIDAH OMAR SHAH ?????????

SURAT MENUNTUT KEADILAN




Setelah menyelesaikan beban hutang yang di buat oleh Arif Shah, terpaksalah pula berdepan dengan masalah PDHP dengan bayayan duti yang tertunggak. Pernah membuat surat kepada Pemungut Duti seperti yang dilampirkan.

Saturday, September 16, 2006

PENYELESAIAN SENDIRI

Untuk menyelesaikan beban hutang ini, saya terpaksa berikhtiar sendiri dengan kudrat yang ada mencari seseorang yang benar - benar jujur untuk membantu. Pada tahun 1993, tuhan telah mempertemukan saya dengan seorang usahawan bumiputra (Cahayabumi) yang ingin membeli tanah tersebut dengan harga RM 360 000 dan dapatlah saya menyelesaikan hutang di Bank of Commerce yang dibuat oleh Arif Shah sekeluarga.

BEBAN HUTANG LEBIH RM SETENGAH JUTA




Dalam drama tangguh menangguh di antara PDHP dan si penyelamat (kononnya), saya yang makin menderita kerana bebanan hutang yang semakin bertambah dan pihak PDHP semakin galak untuk melelong tanah yang lain dan bagaikan orang yang membuat akujanji dengan mereka tak pernah wujud. Begitu juga dengan pihak bank seolah - olah saya yang mengetuk pintu bank mereka meminta pinjaman.




Mana perginya Arif Shah, Amin Shah ataupun Faridah ?????? Kenapa saya di tinggalkan dengan hutang yang sebegini banyak ????????

PDHP (2)







PDHP bagai dipermain-mainkan dan tiada sebarang tindakan yang benar-benar diambil oleh PDHP keatas mereka ini. Mereka bagaikan pro dalam hal ini.

PDHP (1)


Banyak surat di hantar oleh Pejabat Duti Harta Pesaka (PDHP) kepada beliau dan keluarga beliau yang ada s.k

kepada saya. Seolah-olah PDHP tiada kuasa untuk mengambil tindakan di atas pecah amanah yang telah mereka lakukan.

LAPOR POLIS (2)


Oleh kerana percaya, saya telah mengabaikan surat ini.

LAPOR POLIS (1)


Pernah juga saya melapurkan kepada pihak polis tentang perkara ini sebab saya rasa saya telah ditipu oleh beliau sekeluarga. Walaubagaimanapun mereka telah berjanji untuk menyelesaikan perkara ini dan saya telah bersetuju untuk menarik kembali laporan tersebut.

Friday, September 15, 2006

BEBANAN KE-2


Akhirnya apa yang dilakukan tanpa pengetahuan saya terbentang juga di hadapan . Pada hari Jumaaat, terdapat risalah di Masjid Parit Bunga berkenaan 2 tanah yang akan dilelong kerana tunggakan pinjaman. Rupa- rupanya itulah 2 tanah yang telah saya serahkan kepada seorang yang ingin meringankan bebanan saya suatu ketika dulu tapi beliau rupanya menambahkan lagi bebanan yang saya tanggung.


Ketika itu bebanan hutang saya telah meningkat kepada lebih RM 350 000. Terlalu berat untuk dipikul oleh insan seperti saya ini.

BELIAU MENGHILANGKAN DIRI


Beliau tiba-tiba hilang begitu sahaja,tanpa khabar berita. Selalu bertanya kepada saudara terdekat beliau akan dimana alamat atau no. telefon. Tapi malangnya tiada sesiapa yang tahu alamat ataupun no. telefon bagaikan ianya sesuatu rahsia yang cukup besar.


Ada juga kahabar angin, beliau sedang membuka kilang kain di Pulau Pinang tapi entah di mana. Mungkin dapat dana tepijak....

BELIAU SEMAKIN JAUH.


Kehadiran beliau dalam projek ini semakin samar, beliau telah digantikan dengan saudara terdekat beliau yang mengambilalih peranan sebagai orang utama yang akan menguruskan semua aktiviti berkenaan projek perumahan maya itu dan berurusan dengan Pejabat Duti Harta Pesaka Tanah Melayu.

SAMAN (2)


Beliau juga di saman kerana semua ini adalah dimulakan oleh beliau yang telah membuat akujanji dengan Pemungut Duti Harta Pesaka semasa mengeluarkan 2 geran tanah untuk projek perumahan (kononnya).

SAMAN (1)


Hari berganti minggu, minggu berganti bulan dan bulan berganti tahun tapi apa yang dijanjikan masih tidak kelihatan. Tiada sebarang progress di atas tanah projek. Sebenarnya tiada apa pun yang berlaku di tapak projek yang di war-warkan itu dan apa yang tiba adalah surat saman dari Pejabat Duti Harta Pesaka.


JOINT VENTURE AGREMENT (4)


MUKA SURAT AKHIR

JOINT VENTURE AGREMENT (3)


MUKA SURAT 3 AGREMENT

JOINT VENTURE AGREMENT (2)


MUKA SURAT 2 AGREMENT

JOINT VENTURE AGREMENT (1)


DI SINI SAYA SERTAKAN SALINAN JOINT VENTURE AGREMENT YANG DI BUAT OLEH BELIAU YANG MENUNJUKKAN KESUNGGUHAN BELIAU UNTUK MEMBANTU SAYA.


ADA YANG MENGATAKAN IA TIDAK LENGKAP SEBAB HANYA SAYA SAHAJA YANG MENURUNKAN T/TANGAN. SAYA TIDAK DAPAT MENGULASNYA, AGREMENT ITU DIBACA KEPADA SAYA SEBELUM SAYA MENURUNKAN T/TANGAN DAN ITULAH SURAT YANG SAYA GENGGAM DALAM PERJALANAN PULANG DARI KL KE MUAR.

SURAT BERNILAI RM250 000


Kedatangan beliau kali ini menjanjikan satu projek perumahan di tanah orangtua saya di lot 1054 dan 1055 di Tanjung Agas, Muar.Walaupun tanah tersebut telah di sita oleh Pejabat Duti Harta Pesaka Tanah Melayu, beliau mempunyai jalan untuk mengeluarkan dengan tujuan melaksanakan suatu projek perumahan secara usahasama dengan saya bagi tujuan melangsaikan duti yang tertunggak.


Saya bersyukur ketika itu, sebab beliau telah membuka jalan kepada saya untuk meringankan beban yang ada dan saya telah menyerahkan geran 2 lot tanah itu besama-sama dengan geran rumah saya di Kuala Lumpur bagi tujuan projek tersebut.

KEHIDUPAN SAYA (2)

Dengan keadaan saya yang begini, di manakah saya nak mencari duit sebanyak itu. Apalah harta yang saya ada sedangkan saya bergantung hanyalah pada teksi yang disewakan.

Hinggalah pada suatu hari, seorang sahabat telah datang dan memperkenalkan kepada saya seorang usahawan melayu yang bersifat sangat baik dan berjanji akan membantu saya menyelesaikan masalah yang saya hadapi ini.

Thursday, September 14, 2006

KEHIDUPAN SAYA (1)

Setelah keluar dari pusat latihan saya di tempatkan di KWSP,Kuala Lumpur. Pada tahun 1967 selepas peristiwa berdarah 13 Mei, saya di panggil pulang oleh orang tua saya kerana khuatirkan keselamatan diri saya sekeluarga dan ini menyebabkan saya terpaksa berhenti dari KWSP dan tinggal di kampung membantu orang tua yang menyara hidup sebagai pemandu teksi di Muar.

Tiada pekerjaan yang tetap di sebabkan keadaan diri saya ini. Pada tahun 1981, orang tua saya meninggal dunia dan saya mengambilalih perniagaan teksi dan harta pusaka peninggalannya.Di sebabkan semua tanahnya masih lagi atas namanya oleh itu kerajaan telah mengenakan duti hartapesaka yang perlu dibayar sebanyak RM105 000 melalui Pejabat Duti Harta Pesaka di bawah kuasa JHDN. Harta yang di bawah nama orang tua semuanya di sita sehingga selesai pembayaran duti.

Wednesday, September 13, 2006

AHLI PERSATUAN ORANG BUTA MALAYSIA


SAYA JUGA ADALAH ANAK JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT YANG MENGHANTAR SAYA KE BRICKFIELDS, KUALA LUMPUR UNTUK MENJALANI LATIHAN DI SANA.

SAYA ADALAH AHLI OKU BERBAFTAR


DISINI SAYA SERTAKAN KAD OKU SAYA YANG MEMBUKTIKAN SAYA ADALAH ORANG KURANG UPAYA YANG BERDAFTAR

Tuesday, September 12, 2006

SIAPA SAYA?

SAYA ADALAH SEORANG YANG CACAT PENGLIHATAN SEJAK LAHIR LAGI. SAYA TIADA PEKERJAAN TETAP HANYA MENYARA HIDUP BERBEKALKAN HARTA PENINGGALAN BAPA SAYA.

SETELAH KEMATIAN ORANGTUA SAYA BERMULALAH CERITA TRAGEDIS DI MANA SAYA DI PERTEMUKAN DENGAN GOLONGAN YANG KELIHATAN SANGAT BAIK DAN PERIHATIN TETAPI RUPA BERSIFAT SEBALIKNYA.