Thursday, September 21, 2006

SURAT TERAKHIR UNTUK YB


TIADA SEBARANG MAKLUMBALAS YANG DIBERI SEHINGGA AKHIR TEMPOH 20 OGOS 2006.

OLEH ITU, KEPADA RAKYAT MALAYSIA YANG PERIHATIN TERHADAP GOLONGAN SEPERTI SAYA INI TAMPIL MEMBANTU MANGSA YANG DIANAYAI OLEH GOLONGAN - GOLONGAN SEBEGINI.


HUBUNGILAH SAYA DI 06 9543891 / 017 3766612

SURAT UNTUK YB (2)







Surat susulan yang dihantar kepada YB

SURAT UNTUK YB (1)


Saya telah menghantar surat peringatan kepada beliau kerana penyelesaian segera yang beliau katakan itu tidak menjadi kenyataan.

BERMULA JANJI MANIS BARU


Dari jam 5 pagi hingga 9 pagi saya menunggu di hadapan kediaman beliau. Akhirnya pada jam 10 pagi orang yang selama ini menghilang diri sudah berada di depan mata.Beliau seakan terkejut melihat saya pada ketika itu.Beliau berjanji akan menyelesaikan perkara seberapa segera yang boleh. Saya tetap mempercayai beliau ketika itu berdasarkan kedudukan beliau yang telah bergelar sebagai WAKIL RAKYAT dan diantara agenda pilihanraya ketika itu adalah membela golongan OKU di Seberang Jaya.(bedasarkan papan agenda pilihanraya yang tergantung di luar kediaman beliau).

KE SEBERANG JAYA MENCARI ARIFF SHAH


Pada 1 Julai 2004, saya telah bertolak ke SEBERANG JAYA yang memakan masa selama 10 jam perjalanan dari MUAR hanya dengan bertujuan mencari beliau. Saya hanya tahu beliau ada di sana tapi tidak mempunyai alamat sebenar kediaman beliau.


Pada jam 4 pagi, setelah berpusing-pusing di Seberang Jaya akhirnya dengan ehsan peronda pada ketika itu mereka telah menunjukkan kediaman beliau.

PUCUK DIPINTA ULAM MENDATANG


Akhirnya orang yang selama ini menghilang diri tiba-tiba muncul didepan mata. Pada bulan Mac 2004. Arif Shah yang selama ini dicari akan bertanding di Seberang Jaya sebagai calon BN.

RAYUAN KEPADA PENGARAH JHDN


Kepada berbagai pihak meminta rayuan supaya duti yang dikenakan itu dikurangkan.Hingga akhirnya ikhtiar tersebut berjaya pada tahun 1998. Setelah mendapat surat ini, dan berbekalkan harta pesaka yang masih tinggal, saya telah bertemu dengan seorang ahli perniagaan melayu yang membeli sebidang tanah saya dan bersetuju untuk menolong melunaskan duti yang tertunggak itu.Beliau telah mengeluarkan cek bernilai RM100 000 kepada saya tanpa sandaran kepada mana-mana harta saya sebab semua harta telah di sita oleh PHDP. Cek tersebut saya bawa ke PDHP dan lunaslah tunggakan duti tersebut sebab setelah rayuan saya dikenakan duti sebanyak RM101 000.


Tapi di mana ARIF SHAH, AMIN SHAH dan FARIDAH OMAR SHAH ?????????